Sunday, May 10, 2020

Visit Malaysia

Taman Ular dan Reptilia , Perlis.


      Sesuai untuk dilawati bersama keluarga.Terdapat pelbagai jenis ular berbisa yang mungkin belum anda lihat. Di suatu sudut , anda boleh bergambar bersama ular yang jinak.


      Selain daripada ular, anda boleh juga melihat galeri haiwan lain seperti burung, arnab, hamster, kura-kura, kala jengking, iguana dan banyak lagi yang terdapat di sini.Sudut khas bagi mengumpul dan merawat kucing terbuang juga telah diwujudkan di sini.



      Jika bertepatan dengan masa, anda akan dapat menyaksikan pertunjukan ular.

No comments: