Saturday, May 9, 2020

Visit Malaysia

 TAMAN BUAYA , LANGKAWI.

       Taman Buaya Langkawi dikenali juga dengan nama "Crocodile AdventureLand" merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Di sini terdapat pelbagai jenis buaya yang terdiri daripada pelbagai spesies. Apabila anda melangkah masuk , pertama sekali anda dapat melihat anak-anak buaya dalam kolam-kolam khas. Pengalaman memberi makan anak-anak buaya diperoleh di sini. Di sini juga dipamerkan telur buaya.

Bergambar bersama buaya

      Dengan menjelajah kawasan dalam taman ini, anda akan melalui kawasan sangkar di mana buaya dikurung mengikut spesies. Terdapat pelbagai spesies buaya dalam dan luar negara.




      Jika bertepatan dengan masa, anda berpeluang menyaksikan pertunjukan buaya dan acara memberi makan buaya.


kings

No comments: