Sunday, May 17, 2020

Durian Belanda

Kami ada menjual durian belanda "fresh" dan juga sejuk beku.



Antara khasiat buah durian belanda yang telah disenaraikan ialah:

1. Merawat Kanser
2. Merawat Osteoporosis
3. Mengatasi Kencing Tidak Lawas
4. Mengurangkan Migrain
5. Mengatasi Anemia
6. Melancar Perjalanan Oksigen Dalam Darah
7. Meningkatkan imunisasi badan
8. Anti Penuaan
9. Merawat Ulser Mulut, Buasir dan Demam.
10. Mengawal Tekanan Darah dan Kandungan Gula
11. Melegakan Sakit Belakang
12. Mengurangkan Masalah Hati
13. Merawat Kaki Bengkak dan Kulit Mengelupas
14. Mengatasi Masalah Rambut Gugur
15. Bermanafaat untuk jantung dan mencegah kerosakan saraf


Sunday, May 10, 2020

Visit Malaysia

Taman Ular dan Reptilia , Perlis.


      Sesuai untuk dilawati bersama keluarga.Terdapat pelbagai jenis ular berbisa yang mungkin belum anda lihat. Di suatu sudut , anda boleh bergambar bersama ular yang jinak.


      Selain daripada ular, anda boleh juga melihat galeri haiwan lain seperti burung, arnab, hamster, kura-kura, kala jengking, iguana dan banyak lagi yang terdapat di sini.Sudut khas bagi mengumpul dan merawat kucing terbuang juga telah diwujudkan di sini.



      Jika bertepatan dengan masa, anda akan dapat menyaksikan pertunjukan ular.

Saturday, May 9, 2020

Visit Malaysia

 TAMAN BUAYA , LANGKAWI.

       Taman Buaya Langkawi dikenali juga dengan nama "Crocodile AdventureLand" merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Di sini terdapat pelbagai jenis buaya yang terdiri daripada pelbagai spesies. Apabila anda melangkah masuk , pertama sekali anda dapat melihat anak-anak buaya dalam kolam-kolam khas. Pengalaman memberi makan anak-anak buaya diperoleh di sini. Di sini juga dipamerkan telur buaya.

Bergambar bersama buaya

      Dengan menjelajah kawasan dalam taman ini, anda akan melalui kawasan sangkar di mana buaya dikurung mengikut spesies. Terdapat pelbagai spesies buaya dalam dan luar negara.




      Jika bertepatan dengan masa, anda berpeluang menyaksikan pertunjukan buaya dan acara memberi makan buaya.


kings