Monday, May 17, 2021

Kesihatan : Sakit Kepala

     Sakit kepala merupakan masalah kesihatan yang paling kerap berlaku dan banyak jenisnya.Secara umum ia terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder.Sakit kepala primer tidak disebabkan oleh masalah kesihatan lain manakala sakit kepala sekunder pula berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti jangkitan atau tekanan yang meningkat di dalam tengkorak.



Jenis sakit kepala:

1. Ketegangan : Sakit seperti ada getah mengikat ketat dan memicit kepala. Dirasai di belakang kepala dan leher, tidak terhad kepada sebelah bahagian sahaja.

2. Migrain : Sakit,loya dan mengalami perubahan penglihatan. Berlaku apabila saluran darah ke kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Biasanya sakit di sebelah bahagian kepala sahaja.

3. Bertumpu : Sakit di dalam dan sekeliling sebelah mata.Lazim berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur dan meliput sebelah bahagian kepala.

4. Resdung : Kesakitan di belakang tulang kening atau tulang pipi. Penglihatan boleh terganggu.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan sakit kepala;

1. Demam selsema atau demam virus.

2. Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur.

3. Pemakanan : pemanis tiruan,pisang,minuman beralkohol,kopi,teh,daging yang diawet dan bahan perisa.

4. Kecederaan kepala.

5. Berlaku jangkitan di kepala atau leher.

6. Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

7. Keracunan.

8. Kesan sampingan ubat-ubatan.

9. Perubahan hormon , tekanan.

10. Gigi bernanah.

11. Penarikan akibat berhenti mengambil kopi atau ubatan tertentu.

12. Kesan berhenti daripada mengambil dadah jalanan.

13. Pengambilan alkohol yang melampau.

Mengawal sakit kepala :

1. Cari penyebab dan cuba elakkannya.

2. Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang menjadi penyebabnya.

3. Tutup mata dengan kain basah.

4. Mandi

Rujukan : Mingguan Malaysia, 22 Mei 2005.

Kaedah rawatan Islam:

1. Petua rawatan:

    Baca surah Al Fatihah (1 kali)

    Baca Ayatul Kursi (3 kali)

    Baca Surah Al Ikhlas (3 kali)

    Baca Surah Al Falaq (1 kali)

    Baca Surah An Nas (1 kali)

    Baca Surah Yaasin ayat ke 58(1 kali)

    Baca selawat ke atas Nabi SAW (3 kali)

    *Semasa baca, letakkan kedua-dua tapak tangan pada bahagian yang sakit.


2. Baca Surah Al Waqi'ah ayat 19 sambil memicit pada bahagian yang sakit.






No comments: