Tonsilitis boleh berlaku akibat jangkitan:
- bakteria (perlu rawatan antibiotik)
- virus (tidak perlukan antibiotik)
- parasit dan fungus yang agak jarang berlaku.
- sakit tekak
- kering dalam mulut dan bibir merekah.
- demam
- sakit-sakit badan.
- berkumur dengan air garam
- minum air kosong atau teh (chinese tea atau green tea)
- Paracetamol juga boleh diambil sekiranya demam berlarutan. Jangkitan akan sembuh dalam masa 4 -10 hari.
2. Anak yang Bijak
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
3. Koleksi 1
Cengkih Penawar Sakit Gigi
Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang.
Gambir Penawar Gatal
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.
Hilangkan Daki dan Bau Badan
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.
Hilangkan Parut
Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.
Ikan Tidak Hanyir
Asam Jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula ambil asam jawa dan air, diramas didalam satu bekas. Kemudian masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian barulah dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali-kali. Kosek hingga bersih dan putih serta hilang hanyirnya. Selamat mencuba. Insya-Allah, hanyir akan hilang.
Keputihan Pada Mulut Bayi
Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.
Khasiat Oat
Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.
Membuang Lemak Badan
Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.
Mengatasi Gatal Keladi
Supaya sayur keladi tidak terasa gatal, ketika memasaknya anda hanya perlu memasukkan tiga atau empat keping hirisan pinang ke daalam masakan. Dan untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan tangan anda dengan minyak masak. Insya-Allah, gatal akan beransur kurang.
Melangsingkan Tubuh
Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
Sengal Tulang
Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan. Selamat mencuba!.
4. Petua Orang Melayu Meramal Jantina Anak
"Dari koleksi buku peribadiku…hanya petua orang dulu2…teringat zaman kanak2 dahulu… terutamanya bidan2 kampung biasanya meramalkan atau meneka berdasarkan apa yg mereka lihat pada perut si ibu dan juga kelakuannya sewaktu hamil….tapi pada hakikatnya dari segi ketepatan sukar bagi kita mengetahui jantina janin sebelum ianya dilahirkan,malah para doktor pun tidak dapat menentukannya dengan tepat..kerana ini adalah pengaturan dan kehendak Allah S.W.T…Hanya Dia yang Maha Mengetahui"
1) Melihat puting tetek abang atau kakaknya : Jika abang atau kakak janin yg dikandung mempunyai puting tetek yg terbelah, maka janin yg dikandung adalah perempuan. Jika puting itu panjang, jantina janin ialah lelaki.
2) Melihat arah tidur : Semasa hamil jika isteri sering tidur mengiring ke kanan, anak yg dikandung adalah lelaki dan jika lebih ke sebelah kiri anak perempuan.
3) Melihat arah berat perut : Jika perut isteri yang hamil berat ke kanan maka jantina anak itu adalah lelaki, jika berat ke kiri itu anak perempuan.
4) Melihat garisan pada perut : Ada yang mempetuakan agar melihat pada garisan menegak dari tundun ke dada ibu tersebut, jika garisan itu terang dan tidak putus2 maka anak yg dikandung adalah lelaki. Jika terputus maka anak perempuan.
5) Melihat bentuk perut : Satu petua, jika perut ibu kelihatan tajam maka anak yg di dalam kandungan adalah lelaki. Jika perut bulat bundar, itu kemungkinan anak perempuan.
6) Melihat perangai : Sekiranya semasa hamil ibu banyak bersolek dan bergaya, maka anak dalam kandungan adalah seorang perempuan, jika tidak maka anak itu adalah lelaki.
Wallahua’lam….
5. Petua dapat anak
6. Tips dapat anak lelaki
............................................
Dipetik di sekitar alam siber.
No comments:
Post a Comment