Wednesday, March 24, 2021

Kesihatan : Kanser Prostat

 Apa itu prostat?

Prostat merupakan kelenjar sistem pembiakan lelaki. Berfungsi menghasilkan sebahagian penting cecair seminal, yang membawa air mani dan sperma semasa lelaki mengalami ejakulasi.Kelenjar prostat terletak di antara rektum dan pundi kencing, mengelilingi saluran kencing.

 


1. Masalah-masalah prostat

Prostatisis: kelenjar prostat mengalami keradangan dan prostat membengkak.Pesakit measa kesakitan ketika membuang air kecil dan mungkin berlaku kekerapan kencing, keletihan serta demam.

Benign prostatic hyperplasia(BPH): lazimnya berlaku kepada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas, kelenjar prostat membengkak dan menjerut uretra, menimbulkan gejala ; kesukaran membuang air kecil, kerap kencing waktu malam, keinginan secara tiba-tiba untuk buang air kecil dan aliran air kencing perlahan serta terputus-putus.

Kanser prostat: merupakan tumor barah yang merbahaya yang tumbuh dalam kelenjar prostat dan boleh merebak sehingga ke nod limfa dan juga ke bahagian yang lebih jauh seperti tulang belakang dan tulang rusuk.

 

2. Gejala kanser prostat

Terdapat darah dalam air kencing.

Terasa sakit atau panas semasa membuang air kecil.

Pengaliran air kencing lemah.

Hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil.

Ejakulasi yang menyakitkan.

Penurunan keinginan seksual.

Kurang upaya rangsangan seksual.

Kesakitan pada bahagian belakang,pelvis dan atas paha.

Hilang selera makan.

Kesakitan tulang yang berlanjutan.

 

3. Cara mengesan kanser prostat

i. Digital Rectal Examination(DRE): memasukkan jari ke dalam rectum(dubur) untuk mengesan tisu keras dan pembesaran prostat.

ii. Pengesanan Antigen Spesifik Prostat(PSA): mengukur paras PSA(protein yang dikeluarkan oleh prostat) dalam darah pesakit.

iii. Ultrasound: menggunakan alat gelombang bunyi untuk mengesan pembengkakan melalui imej di skrin.

iv. Biopsi: mengambil tisu prostst dan melihat di bawah mikroskop.

 

4. Rawatan kanser prostat

i. Tunggu dan lihat - melihat perkembangan simtom dari masake semasa.

ii. Pembedahan - pembuangan keseluruhan kelenjar prostat.

iii. Radiasi - memusnahkan tisu kanser menggunakan sinar-x.

iv. Rawatan kimia(chemotherapy) - menggunakan ubat kanser untuk merencat atau memusnahkan sel kanser.

 

5. Kesan sampingan kanser prostat

Masalah pembuangan air kecil.

Masalah usus.

Masalah ereksi.

Kemandulan.

 

6. Cara mencegah kanser prostat

i. kerap melakukan pemeriksaan perubatan.

ii. mengambil lebih sayuran dan makanan berzat fiber tinggi dalam pemakanan.

iii. kurangkan pengambilan makanan berlemak.

iv. bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.


sumber: pamplet kesihatan.


Kaedah rawatan Islam untuk Kanser:

1. Baca surah
    Al Mukminun ayat 91 - 100
    Al Anbia ayat 38 - 50
    Hud ayat 60 - 80
    Yunus ayat 55 - 70
    Al Hajj ayat 31 - 55
    An Nahl ayat 90 - 110

2. Setiap kali lepas Solat baca:

    Surah Al Fatihah – 1 kali
    Surah Al Ikhlas – 3 kali
    Selawat ke atas Nabi SAW – 3 kali
    Surah Al Fil – 21 kali




No comments: