Monday, May 17, 2021

Kesihatan : Sakit Kepala

     Sakit kepala merupakan masalah kesihatan yang paling kerap berlaku dan banyak jenisnya.Secara umum ia terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder.Sakit kepala primer tidak disebabkan oleh masalah kesihatan lain manakala sakit kepala sekunder pula berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti jangkitan atau tekanan yang meningkat di dalam tengkorak.



Jenis sakit kepala:

1. Ketegangan : Sakit seperti ada getah mengikat ketat dan memicit kepala. Dirasai di belakang kepala dan leher, tidak terhad kepada sebelah bahagian sahaja.

2. Migrain : Sakit,loya dan mengalami perubahan penglihatan. Berlaku apabila saluran darah ke kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. Biasanya sakit di sebelah bahagian kepala sahaja.

3. Bertumpu : Sakit di dalam dan sekeliling sebelah mata.Lazim berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur dan meliput sebelah bahagian kepala.

4. Resdung : Kesakitan di belakang tulang kening atau tulang pipi. Penglihatan boleh terganggu.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan sakit kepala;

1. Demam selsema atau demam virus.

2. Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur.

3. Pemakanan : pemanis tiruan,pisang,minuman beralkohol,kopi,teh,daging yang diawet dan bahan perisa.

4. Kecederaan kepala.

5. Berlaku jangkitan di kepala atau leher.

6. Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

7. Keracunan.

8. Kesan sampingan ubat-ubatan.

9. Perubahan hormon , tekanan.

10. Gigi bernanah.

11. Penarikan akibat berhenti mengambil kopi atau ubatan tertentu.

12. Kesan berhenti daripada mengambil dadah jalanan.

13. Pengambilan alkohol yang melampau.

Mengawal sakit kepala :

1. Cari penyebab dan cuba elakkannya.

2. Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang menjadi penyebabnya.

3. Tutup mata dengan kain basah.

4. Mandi

Rujukan : Mingguan Malaysia, 22 Mei 2005.

Kaedah rawatan Islam:

1. Petua rawatan:

    Baca surah Al Fatihah (1 kali)

    Baca Ayatul Kursi (3 kali)

    Baca Surah Al Ikhlas (3 kali)

    Baca Surah Al Falaq (1 kali)

    Baca Surah An Nas (1 kali)

    Baca Surah Yaasin ayat ke 58(1 kali)

    Baca selawat ke atas Nabi SAW (3 kali)

    *Semasa baca, letakkan kedua-dua tapak tangan pada bahagian yang sakit.


2. Baca Surah Al Waqi'ah ayat 19 sambil memicit pada bahagian yang sakit.






Wednesday, March 24, 2021

Kesihatan : Kanser Prostat

 Apa itu prostat?

Prostat merupakan kelenjar sistem pembiakan lelaki. Berfungsi menghasilkan sebahagian penting cecair seminal, yang membawa air mani dan sperma semasa lelaki mengalami ejakulasi.Kelenjar prostat terletak di antara rektum dan pundi kencing, mengelilingi saluran kencing.

 


1. Masalah-masalah prostat

Prostatisis: kelenjar prostat mengalami keradangan dan prostat membengkak.Pesakit measa kesakitan ketika membuang air kecil dan mungkin berlaku kekerapan kencing, keletihan serta demam.

Benign prostatic hyperplasia(BPH): lazimnya berlaku kepada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas, kelenjar prostat membengkak dan menjerut uretra, menimbulkan gejala ; kesukaran membuang air kecil, kerap kencing waktu malam, keinginan secara tiba-tiba untuk buang air kecil dan aliran air kencing perlahan serta terputus-putus.

Kanser prostat: merupakan tumor barah yang merbahaya yang tumbuh dalam kelenjar prostat dan boleh merebak sehingga ke nod limfa dan juga ke bahagian yang lebih jauh seperti tulang belakang dan tulang rusuk.

 

2. Gejala kanser prostat

Terdapat darah dalam air kencing.

Terasa sakit atau panas semasa membuang air kecil.

Pengaliran air kencing lemah.

Hilang kawalan terhadap pembuangan air kecil.

Ejakulasi yang menyakitkan.

Penurunan keinginan seksual.

Kurang upaya rangsangan seksual.

Kesakitan pada bahagian belakang,pelvis dan atas paha.

Hilang selera makan.

Kesakitan tulang yang berlanjutan.

 

3. Cara mengesan kanser prostat

i. Digital Rectal Examination(DRE): memasukkan jari ke dalam rectum(dubur) untuk mengesan tisu keras dan pembesaran prostat.

ii. Pengesanan Antigen Spesifik Prostat(PSA): mengukur paras PSA(protein yang dikeluarkan oleh prostat) dalam darah pesakit.

iii. Ultrasound: menggunakan alat gelombang bunyi untuk mengesan pembengkakan melalui imej di skrin.

iv. Biopsi: mengambil tisu prostst dan melihat di bawah mikroskop.

 

4. Rawatan kanser prostat

i. Tunggu dan lihat - melihat perkembangan simtom dari masake semasa.

ii. Pembedahan - pembuangan keseluruhan kelenjar prostat.

iii. Radiasi - memusnahkan tisu kanser menggunakan sinar-x.

iv. Rawatan kimia(chemotherapy) - menggunakan ubat kanser untuk merencat atau memusnahkan sel kanser.

 

5. Kesan sampingan kanser prostat

Masalah pembuangan air kecil.

Masalah usus.

Masalah ereksi.

Kemandulan.

 

6. Cara mencegah kanser prostat

i. kerap melakukan pemeriksaan perubatan.

ii. mengambil lebih sayuran dan makanan berzat fiber tinggi dalam pemakanan.

iii. kurangkan pengambilan makanan berlemak.

iv. bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.


sumber: pamplet kesihatan.


Kaedah rawatan Islam untuk Kanser:

1. Baca surah
    Al Mukminun ayat 91 - 100
    Al Anbia ayat 38 - 50
    Hud ayat 60 - 80
    Yunus ayat 55 - 70
    Al Hajj ayat 31 - 55
    An Nahl ayat 90 - 110

2. Setiap kali lepas Solat baca:

    Surah Al Fatihah – 1 kali
    Surah Al Ikhlas – 3 kali
    Selawat ke atas Nabi SAW – 3 kali
    Surah Al Fil – 21 kali




Tuesday, March 23, 2021

Thursday, March 18, 2021

ASAS SAINS KOMPUTER


 

BERIKUT DIKONGSIKAN LINK BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 HINGGA 3 UNTUK KEGUNAAN PELAJAR DAN GURU.

ASK TINGKATAN 1

DSKP , BUKU TEKS DIGITAL , NOTA DAN LATIHAN

AUDIO VISUAL LEARNING

NOTA PADAT :  BAB  1  ,  2(i)  ,  2(ii)  ,  3  ,  4(i)  ,  4(ii)   **sumber: gurubesar.my

MODUL BDR 7 MEI - 12 JUN 2021

MINI PROJEK

KOD HTML

JAVA SCRIPT DALAM HTML

SCRATCH


PENILAIAN BAB 1 DAN 2


**BAHAN PDP GURU PRAKTIKAL**

1. Kod Arahan - Cg. Fatihah

2. Kod Arahan (Ulangkaji) - Cg. Fatihah

3. Latihan Kod Arahan - Cg. Fatihah

4. Algoritma - Cg. Nurul Nadia

5. Perwakilan Data - Cg. Nurul



TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KEIZINAN UNTUK DIKONGSIKAN, SEMOGA DIBERKATI.


ASK TINGKATAN 2

DSKP , BUKU TEKS DIGITAL , NOTA DAN LATIHAN

AUDIO VISUAL LEARNING

NOTA PADAT :  BAB  1  , 1(i)  ,  1(ii)  ,  2  ,  3(i)  ,  3(ii)    **sumber: gurubesar.my

MODUL BDR 7 MEI - 12 JUN 2021

MINI PROJEK

PYTHON


PENILAIAN BAB 1


**BAHAN PDP GURU PRAKTIKAL**

1. Pembangunan Algoritma - Cg. Nurul Nadia

Cg. Siti Aisyah:

1.1.1 Membezakan nombor perlapanan dan nombor perduaan

1.1.2(i)Menukar nombor perpuluhan kepada perlapanan

1.1.2(ii) Menukar nombor perlapanan kepada perpuluhan

1.1.2(iii) Menukar nombor perlapanan kepada perduaan

1.1.2(iv)Menukar nombor perduaan kepada perlapanan

1.1.3 Menukar pengekodan ASCII kepada nombor perlapananberdasarkan aksara yang diberi

1.2.1Membezakan nombor perenambelasan dan nombor perpuluhan

1.2.2 (i)(ii)

1.2.2(iii)

1.2.2(iv)

1.2.3Menukar pengekodan ASCII kepada nombor perenambelasanberdasarkan aksara yang diberi

1.2.3 n 1.2.4

2.1.1(ii)



ASK TINGKATAN 3

DSKP , BUKU TEKS DIGITAL , NOTA DAN LATIHAN

AUDIO VISUAL LEARNING

NOTA PADAT : BAB 1(i) 1(ii)  , 2(i)  , 2(ii)  ,  2(iii)  , 2(iv)  , 2(v)   , 3(i)  ,  3(ii)  , 3(iii)  ,  3(iv)  ,  3(v)  , 3(vi)  **sumber: bumigemilang.com

MODUL BDR 7 MEI - 12 JUN 2021

MINI PROJEK


PENILAIAN BAB 1 DAN 2

===============

PETA MINDA UNTUK SEMUA BAB ASAS SAINS KOMPUTER. BAHAN INI DIHASILKAN DAN DISUSUN SEMULA BERDASARKAN BUKU TEKS OLEH CIKGU NURUL NADIA BINTI MUHAMMAD, GURU PELATIH DI SMKKB 2021.SILA "KLIK DI SINI" . SEMOGA USAHA YANG KECIL MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA PELAJAR.

===============

LAMAN SUMBERKU KPM: REPOSITORI BAHAN SOKONGAN PDP DIGITAL 

BAHAN PDP ASK YANG TERDAPAT DALAM REPOSITORI KPM:

TINGKATAN 1       TINGKATAN 2      TINGKATAN 3(BELUM TERSEDIA (1.1.2022)


================


LAIN-LAIN YANG BERKAITAN

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN(RPT),eRPH, DAN DPK

PANDUAN PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM

PENGHASILAN BAHAN PDPC

ANTIVIRUS PERCUMA

MASALAH KOMPUTER

KOLEKSI BUKU TEKS DIGITAL

AKTIVITI KOKURIKULUM - PBSM ONLINE ( PENERAPAN ELEMEN KBAT)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI



Sunday, February 7, 2021

Cuti 2021

 Cuti perayaan bagi tahun 2021 yang diperuntukkan oleh KPM ;


Cuti umum negeri Terengganu 2021 :


Cuti umum negeri Kelantan ;

Download cuti kelantan 2021